abuya

Tuesday, November 16, 2010

program CELIK-MAHIR AL-QUR'AN

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,
Kemana anak-anak anda sepanjang cuti sekolah ini?
hadiahkan mereka dengan jariah ilmu yang berterusan dengan mengikuti
PROGRAM CELIK-MAHIR
AL-QUR'AN
anjuran kelas pengajian al mukhlisin
dengan kerjasama
kuliyyah al-qur’an kolej universiti insaniah kedah

di       :    wisma al-umm,
jln penghulu kassim,
..... الحمد لله
PENDAFTARAN
MAAHAD TAHFIZ AL – MUKHLISIN
D I B U K A  S E K A R A N G
TEMUDUGA PADA 26 DIS 2010
TERHAD KEPADA 20 PELAJAR SAHAJA
PENEKANAN KEPADA HAFAZAN, DISIPLIN DAN PEMBENTUKAN SAHSIAH PERIBADI.
PENGAJIAN BERMULA 8 JAN 2011
 
86000 kluang
Tarikh   :       28.11.2010 – 19.12.2010
Yuran     :        RM350.00
Selama  21 hari
anak-anak anda akan didedahkan
  • kem al quran
  • kem solah
  • kem pembentukan akhlak
  • kem ilmu dan penghayatan.
insya’allah

sila hubungi sekreteriat :
hj. muhammad fauzi  019-7784560 ,
ust abd rahman  012 213 5310 .

anak-anak adalah dikehendaki menginap ditempat program sepanjang masa program dijalankan untuk membantu keberkesanan proram.
asrama dan makan minum disediakan.

P E N D A F T A R A N 
MAAHAD TAHFIZ AL-MUKHLISIN 
DIBUKA SEKARANG
PREVIEW DAN TEMUDUGA PADA 26 DISEMBER 2010
.....  الحمد لله
PENDAFTARAN
MAAHAD TAHFIZ AL – MUKHLISIN
D I B U K A  S E K A R A N G
TEMUDUGA PADA 26 DIS 2010
TERHAD KEPADA 20 PELAJAR SAHAJA
PENEKANAN KEPADA HAFAZAN, DISIPLIN DAN PEMBENTUKAN SAHSIAH PERIBADI.
PENGAJIAN BERMULA 8 JAN 2011
penyertaan adalah terhad.

Thursday, April 29, 2010

MUHASABAH


CABARAN Kepada Orang Yang 


B . E . R . S . A . B . A . R




Beberapa faktor yang boleh mengilang dan mengikis sifat sabar pada diri seseorang ialah seperti berikut;


1. Sikap isti’jal, ingin cepat gopoh.
  
Biasanya tindakan ingin cepat gopoh di sebut sebagai tidak sabar. Allah swt menjadikan manusia dengan salah satu sifat manusia ialah suka cepat. Firman Allah swt; al-Anbia’:37.

خُلِقَ الْإِنْسَانُ مِنْ عَجَلٍ سَأُرِيكُمْ آيَاتِي فَلَا تَسْتَعْجِلُونِ

  • Maksudnya; Manusia Telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. kelak akan Aku perIihatkan kepadamu tanda-tanda azab-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera.

Kerana itulah orang beriman perlu mujahadah untuk melawan sifat isti’jal dan bersabar dalam menunggu hasil sesuatu usaha sebagai para rasul sentiasa sabar dalam usaha dakwah walaupun tidak ramai yang menyambut dakwah yang disampaikan.

Firman Allah swt; al-Ahqaf:35

فَاصْبِرْ كَمَا صَبَرَ أُولُو الْعَزْمِ مِنَ الرُّسُلِ وَلَا تَسْتَعْجِلْ لَهُمْ

  • Maksudnya; Maka Bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul-rasul Telah bersabar dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka


Sabda Rasulullah s.a.w;


التأني من الله و العجلة من الشيطان

  • Maksudnya; Berhati-hati itu daripada Allah dan tergesa-gesa itu daripada syaitan.

Sabda Rasulullah s.a.w;

العجلة من الشيطان إلا في خمسة فإنها سنة رسول الله صلى الله عليه وسلم : إطعام الضيف وتجهيز الميت وتزويج البكر وقضاء الدين .


  • Maksudnya; Tergopoh-gapah itu tindakan syaitan kecuali dalam lima perkara, iaitu mengawinkan anak perawan, membayar hutang, menguruskan mayat, melayani tetamu dan bertaubat daripada dosa”.


2. Marah.

Apabila seseorang marah maka hilang sifat sabar dalam dirinya. Apabila seseorang marah maka di akan melakukan perbuatan yang diluar dari batas-batas kesabaran. Kerana itulah apabila kita dapat menahan dari sifat marah, kita menjadi orang yang sabar.

Firman Allah swt;

فَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ وَلَا تَكُنْ كَصَاحِبِ الْحُوتِ إِذْ نَادَى وَهُوَ مَكْظُومٌ



  • Maksudnya; Maka Bersabarlah kamu (hai Muhammad) terhadap ketetapan Tuhanmu, dan janganlah kamu seperti orang yang berada dalam (perut) ikan ketika ia berdoa sedang ia dalam keadaan marah (kepada kaumnya)        (al-Qalam:48)


3. Putus Asa.

Apabila kita berputus asa bererti kita tidak sabar atas ujian yang menimpa. Kerana itulah haram bagi orang beriman berputus asa. Orang yang putus asa tidak sabar atas apa yang berlaku lalu menyalahkan orang lain dan tidak redha dengan ketetapan Allah swt.

Firman Allah swt;

وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

  • Maksudnya; Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.   ( Ali-Imran:139) 

Friday, April 9, 2010

PERLU TAHU

11 Fatwa Yahudi Orthodoks




Bagi menjaga budaya agama Judais agar tidak dipengaruhi oleh arus sekular global, para Rabbi Yahudi Orthodoks memutuskan bermacam-macam peraturan yang ketat di daerah majoriti mereka di Mea Sharim. Sebahagian besar peraturan adalah yang sudah sedia terkandung dalam kitab Taurat.


Fatwa 1 : Mengharamkan HDTV
Menurut para Rabbi Orthodoks, terjahan visual gambar yang begitu realistik dan melampau akan merosakkan pemikiran masyarakat. Visual jenis High Defination (HD) yang luar biasa boleh mengkhayalkan seseorang yang melihat.
Mereka bimbang penampilan visual-visual luar biasa dari HDTV akan menyebabkan golongan muda tidak lagi berminat hadir ke kelas-kelas pengajian Taurat dan Mishnah. Ini kerana mereka akan sibuk menghadap televisyen sepanjang masa.
Bagi membendung gejalan ini, kempen-kempen yang keras dijalankan secara meluas, demonstrasi dan bantahan secara terbuka dilakukan hampir setiap hari. Tidak cukup dengan itu, mereka menerbitkan pula iklan TV yang menjalankan kempen mengharamkan penggunaan HDTV.

Fatwa 2 : Pengharaman Memakan Babi
Golongan Yahudi ultra Orthodoks di Israel sering bersengketa dengan kelompok Yahudi Sekular (Zionis) tentang makanan. Para Rabbi Ultra Orthdoks menegaskan agama Judais mengharamkan penganutnya memakan babi.
Kesatuan Rabbi bersepakat membawa penguatkuasaan pengharaman memakan babi ke peringkat parlimen. Ketika itu Presiden Israel ialah Yitzak Shamir yang memimpin Parti Likud.
Lima pertubuhan Rabbi utama di Israel meminta agar dikuatkuasakan undang-undang peringkata persekutuan agar melarang semua penganut Judais dari memakan babi. Menurut mereka, penganut Judais perlu kembali kepada ajaran asal Taurat.
Larangan bukan sahaja tertakluk kepada memakan babi, tetapi juga menjual, membawa atau menyentuh binatang itu.
Cadangan undang-undang itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati golongan sekular Yahudi yang berfahaman Zionis. Mereka juga mendesak agar kerajaan Israel tidak melayan tuntutan Rabbi-Rabbi itu.
Kempen ini bermula pada Julai 1990.

Fatwa 3 : Wajib Menutup Aurat Bagi Lelaki dan Perempuan
Peraturan pakaian di Mea Sharim, daerah ultra-Orthodoks di Jerusalem amat ketat dan mesti mengikut lunas-lunas syariat agama Judais. Peraturan pemakaian yang ketat itu tertakluk kepada lelaki dan perempuan.

Lelaki
- wajib memakai baju berlengan panjang
- memakai stokin putih
- Berkasut penuh yang bertumit tinggi
- Berkot hitam
- Memakai topi hitam
- Tidak dibenarkan memakai rantai leher atau gelang tangan
  
Perempuan
- Memakai tudung kepala menutup keseluruhan rambut. Jika orang Islam dipanggil ‘anak tudung’.
- Tidak boleh memakai rantai leher yang keterlaluan
- Memakai baju berlengan panjang
- Memakai skirt panjang hingga bawah lutut
- Wajib memakai stokin
- Tidak boleh make-up wajah dengan berlebihan
- Diharamkan memakai pakaian yang berwarna garang dan menonjol yang boleh menarik perhatian lelaki.
Peraturan pemakaian bukan setakat ke atas masyarakat ultra-orthodoks sahaja, malah mereka juga melarang mana-mana individu yang memakai pakaian sekular agar tidak berjalan-jalan di kawasan mereka.

Fatwa 4 : Mengharamkan Pembakaran Mayat
Para Rabbi ultra-Orthodoks menentang keras proses pembakaran mayat yang sering diamalkan oleh agama-agama lain. Pembakaran mayat juga diamalkan oleh para penganut zionis di Israel.
Pada akhir tahun 2007, telah berlaku suatu kejadian kebakaran Chomotarium di Mea Sharim Pihak berkuasa tempatan percaya ia dilakukan oleh kumpulan ekstremis Ultra Orthodoks.
Semenjak Chomotarium itu dibina oleh kerajaan tempatan, ia sering menerima bantahan daripada penduduk Ultra-Orthodoks di Mea Sharim.
(Chomotarium = rumah pembakaran mayat)

Fatwa 5 : Mengharamkan Menyertai Tentera
Rabbi Orthodoks tidak menggalakkan anak-anak muda mereka menyertai agensi pertahanan kerana ia adalah amalan yang melibatkan keganasan. Penyertaan itu dianggap bertentangan dengan ajaran Taurat yang mementingkan kehidupan yang harmoni.

Fatwa 6 : Digalakkan menyimpan janggut dan misai
Amalan menyimpan janggut dan misai dikira amalan yang mendapat pahala dikalangan penganut agama Judais. Amalan ini bukan sahaja diamalkan oleh Orthodoks di Israel tetapi juga diseluruh dunia termasuk negara-negara arab.
Namun begitu, lelaki Yahudi Ultra-Orthodoks yang mempunyai janggut yang panjang, berpakaian kota hitam dan bertopi hitam amat dibenci oleh masyarakat Yahudi Sekular.
Sekiranya lelaki Ultra Orthodoks berjalan-jalan ke bandar Jerusalem atau Tel Aviv, mereka akan dipandang sinis dan sering menerima ejekan masyarakat setempat. Tindakan diskriminasi ini timbul ekoran anggapan bahawa amalan tersebut hampir menyamai amalan sunat umat Islam.

Fatwa 7 : Mengharamkan Penggunaan Handphone Berkamera
Para Rabbi Ultra-Orthodox peringkat tertinggi sepakat mengharamkan handphone berkamera digunakan oleh masyarakat Yahudi ultra-orthodoks. Bagi menghalang handphone berkamera dibeli, pertubuhan Ultra Orthodoks telah melarang kedai-kedai handphone di Mea Sharim menjual produk yang mempunyai kamera.
Tujuan pengharaman adalah untuk menjaga maruah dan keselamatan golongan wanita Yahudi Orthodoks dari terdedah kepada tingkahlaku-tingkahlaku tidak bermoral.
Bagi menghalang penularan jualan telefon berkamera di daerah kediaman Ultra Orthodoks, para rabbi mereka mendesak agar telefon khusus untuk Yahudi Orthodoks dicipta.
Bagi merealisasikan ‘fatwa’ mereka, para Rabbi Orthodoks telah menghantar surat memorandum desakan kepada CEO syarikat Mirs Communication iaitu Abrasya Brustyn. Syarikat ini adalah wakil tunggal penjualan handphone jenis Motorola di Israel.
Desakan yang dibuat ialah pihak pengeluar harus membuang fungsi kamera kecil pada telefon. Selain itu, telefon itu juga haruslah mempunyai filter (penapis) bagi sebarang “sexual contents” yang mudah dicapai di talian internet.
Akhirnya sebuah telefon yang digelar “Kosher Phone” dikeluarkan. Telefon yang mempunyai fungsi panggilan keluar-masuk, simpanan mesej teks, memori buku telefon dan fungsi-fungsi asas.

Fatwa 8 : Mengharamkan penjualan MP4 Player
Pemain MP4 diharamkan oleh pertubuhan-pertubuhan Yahudi Orthodoks kerana ia dikatakan boleh merosakkan akhlak penganut Judais khususnya golongan muda. Kempen ini dijalankan dengan cara mengedar poster-poster larangan membeli MP4.
Poster-poster kempen tidak sahaja diedarkan kepada masyarakat di Mea Sharim tetapi mereka juga turut berkumpul di kedai komputer di bandar tersebut. Bukan setakat itu sahaja, kempen diluaskan lagi melalui radio rasmi mereka iaitu Kointrass.
Menurut editor berita di Radio Kointrass iaitu Rabbi Henri Khan, mereka tidak kisah jika alatan moden itu hendak dijual tetapi mereka perlulah menjualnya di luar kawasan Orthodoks. Mea Sharim dihuni oleh 99 % Yahudi Orthodoks, jadi mereka tidak mahu pengaruh budaya luar merosakkan akhlak masyarakat mereka
.
Fatwa 9 : Mengharamkan rakaman gambar secara terbuka
Masyarakat Yahudi Ultra Orthodoks tidak suka wajah dan tingkahlaku mereka diambil gambar atau dirakam menggunakan kamera video. Perbuatan tersebut dianggap menghina maruah komuniti mereka.
Situasi ini bagaimanapun hanya berlaku di Mea Sharim, Jerusalem dan tidak di lain-lain negara di dunia. Sesiapa sahaja yang mengambil gambar-gambar mereka kemungkinan besar akan dicederakan termasuk pelancong asing.

Fatwa 10 : Mengharamkan penubuhan negara Israel

Para rabbi orthodoks percaya penubuhan negara Israel adalah agenda jahat kerajaan Zionis yang dipimpin oleh Yahudi suku Ashkenazi dan Sephardi. Bagi para Rabbi Orthodoks, konsep ideologi Zionis tidak wujud di dalam agama Judais dan ia bukanlah ajaran sebenar Nabi Musa.

Fatwa 11 : Mengharamkan tingkahlaku Homoseksual dan Lesbian
Semenjak menularnya pengaruh ideologi Zionis di kalangan masyarakat Yahudi Orthodoks pada 1897 dahulu, para Rabbi juga bimbang akan gejala-gejala sosial yang dipromosikan oleh kerajaan Zionis.
Rabbi Dr. Aaron L. Mackler, profesor dari Pittsburg University telah membentangkan dengan panjang lebar kertas kerja berkenaan larangan homoseksual dan lesbian.
Kertas kerja beliau yang bertajuk “The Conservative Movement and Homosexuality : Finding a Middle Path”, menjelaskan mengapa setiap penganut Yahudi perlu berkahwin dan menjauhkan gejala homoseks dan lesbian.
Pada 1992, Comittee of Jewish Laws and Standards (CJLS) sebulat suara memutuskan akan perlunya setiap umat Yahudi yang beragama Judais mengelakkan sebarang aktiviti homoseks dan lesbian.
Namun begitu, kempen ini tidak berjaya. Umat Yahudi sejak dari zaman Nabi Lut memang sudah sebati dengan perilaku sejenis ini. Walaupun Bandar Sodom dan Gemorah sudah dimusnahkan oleh Allah. Darah hawa nafsu Syaitan itu tetap mengalir segar.
Akhirnya pada 2006, empat orang ahli jawatankuasa tertinggi CJLS sendiri telah meletak jawatan dan keluar dari CJLS kerana tidak senang dengan peraturan melarang aktiviti homoseksual dan lesbian ini.
Mereka ialah Rabbi Joel Roth, Rabbi Leonard Levy, Rabbi Meyer Rabinowitz dan Rabbi Joseph Prouser.

Kesimpulan
Walaupun golongan ultra orthodoks kelihatan begitu tegas mempertahankan hukum-hukum dalam Taurat, itu tidak bermakna mereka tidak mempunyai perasaan benci kepada Islam.
Selain itu, Agama Islam juga dianggap sebagai musuh utama kerana semakin ramai pemuda-pemudi Ultra Orthodoks di Mea Sharim yang kini memeluk Islam secara senyap-senyap.
Wallahu’alam…

IQTIBAR

RAHSIA “BESAR” FATAH di ambang pembongkaran!

IQTIBAR

Dr. Ashraf Marwan: Matinya Tali Barut Israel

November 14, 2008 · 



ashraf
Tepat jam 1.00 petang waktu London pada 27 Jun 2007, seorang lelaki Arab Mesir telah terjun dari tingkap apartmen di Carlton House Terrace, London. Lelaki yang terjun itu mati serta-merta di tempat kejadian dengan kecederaan teruk di kepala.
Selepas bedah siasat, pihak hospital dan polis London mengklasifikasi kematian itu sebagai ‘pembunuhan’ dengan niat ke atas mangsa. Kenyataan ini dikeluarkan secara rasmi oleh Metropolitan Police Service di London.

Anak mangsa, iaitu Jamal juga mempercayai bahawa bapanya Dr. Ashraf Marwan mati akibat dibunuh oleh seseorang ketika mangsa berada di kediamannya.
Kematiannya amat menyedihkan rakyat Mesir kerana Ashraf Marwan adalah orang kanan Presiden Hosni Mubarak dan juga seorang billionaire muslim yang terkenal di Kota London.
Menurut laporan akhbar The Guardian, sehingga sekarang kes pembunuhan Ashraf Marwan masih belum selesai. Fail kes telah dipindahkan untuk siasatan terperinci kepada suatu unit khas yang bernama Specialist Crime Directorate.
Apa yang mencurigakan kebanyakan penganlisis politik ialah pihak yang melompat-lompat membela kematian Dr. Ashraf Marwan sejak 2007 hingga sekarang ialah kerajaan Israel.
Sikap kerjasama dan kesungguhan yang ditunjukkan Israel dalam membantu siasatan kematian Dr. Ashraf telah membongkar siapa sebenarnya Dr. Ashraf Marwan itu.

Siapa membongkar aktiviti Dr. Ashraf Marwan?
Pada September 2002, seorang ahli sejarah terkenal berketurunan Yahudi iaitu Dr. Ahron Bregman telah menulis buku tentang Ashraf Marwan. Buku tersebut membuat andaian tentang fakta-fakta yang boleh disabitkan bahawa Ashraf adalah perisik bagi Israel.
Namun buku tersebut kurang diberi perhatian sehinggalah seorang bekas Jeneral dari Israel membuat pengakuan melalui temuramah dengan penulis buku bernama Howard Blum pada 2003.
Laporan berani dari bekas ketua risikan Mossad, Jeneral Eli Zeira telah membongkar bahawa Dr. Ashraf Marwan sebenarnya adalah perisik kepada kerajaan Israel sejak 1969 lagi. Tindakan mengejut Ziera membocorkan rahsia Dr. Ashraf telah mengakibatkan dirinya dikenakan tindakan mahkamah oleh Peguam Negara Israel.
ahron_zeira
(Kiri) Dr. Ahron Bregman (Kanan) Jeneral Eli Zeira
Sebelum itu, Ashraf juga disyaki pernah bekerja untuk beberapa agensi risikan lain iaitu MI6 dan Scotland Yard. Ini berdasarkan kerjasama luar biasa siasatan kematian oleh kedua-dua agensi ini dengan Mossad seperti yang dilaporkan oleh Howard Blum dalam akhbar Herald Tribune.

Tugas Sebenar Dr. Ashraf di Mesir
Atas desakan faktor kewangan yang kritikal, Dr. Ashraf telah mengambil suatu jalan mudah dengan terbang ke Israel pada hari kebesaran Yahudi iaitu Yom Kippur pada 1969. Ashraf telah menawarkan diri sebagai penyumbang maklumat kerajaan Mesir jika Israel sanggup membayar nilai-nilai wang yang tinggi.
Kesanggupan Ashraf menjadi tali barut sememangnya ditunggu-tunggu Israel. Sejak itu, apa sahaja fail sulit kerajaan Mesir akan sampai ke tangan Israel. Ashraf membawa sendiri fail-fail tersebut ke negara Israel tanpa sebarang curiga.
ashrafwed
(Gambar) Presiden Mesir 1966, Jamal Abdul Naser (Kiri) sedang bersalam dengan bakal menantunya Ashraf Marwan pada hari perkahwinan anak perempuannya, Muna. Abdul Naser sehingga mati tidak tahu menantunya adalah agen Mossad.
Fail-fail sulit kerajaan Mesir mudah dibawa keluar kerana sebelum berpakat dengan Mossad, Ashraf telah mengahwini anak perempuan Presiden Mesir iaitu Jamal Abdul Naser pada 1960-an.
Status menantu ini membuatkan Ashraf menjawat jawatan tinggi dalam pentadbiran kerajaan Mesir. Selain itu, Ashraf juga mengambil kesempatan atas kepercayaan bapa mertuanya terhadapanya untuk membocorkan segala pelan sulit mentger-menteri kabinet kepada Mossad.
Walaupun pemerintahan sudah bertukar ke tangan orang lain, status menantu kepada bekas presiden Mesir membuatkan ianya amat dipercayai oleh Presiden Mesir sekarang ini iaitu Hosni Mubarak.
(Kita berharap Khairy menantu Pak Lah bukan jenis Dr. Ashraf walaupun kemungkinan berlakunya kebocoran maklumat kerajaan Malaysia kepada Singapura adalah 110 peratus.)

Sejauh Mana Kekayaan Dr. Ashraf Marwan
Kekayaan Ashraf telah membawa gelaran billionaire kepadanya dalam masa yang singkat. Semua kekayaan itu adalah diperoleh hasil dari perpindahan fail-fail sulit kerajaan Mesir kepada Israel.
Berikut ialah beberapa aktiviti mewah Ashraf Marwan
  • Memiliki 3 peratus saham Kelab Bola Sepak Chelsea pada 1980-an.
  • Menjadi rakan kongsi dalam supermarket gergasi Haarods milik Mohamed Al-Fayed, iaitu bapa kepada Dodi al-Fayed yang mati kemalangan dengan Putri Diana.
  • Memiliki beberapa perusahaan membuat senjata di Mesir pada usia 29 tahun.
  • Mendapat untung sebanyak USD700 million hasil dari pembelian senjata melalui syarikat-syarikatnya dalam Perang Iran-Iraq 1980.
Kerjasama Ashraf dan Al-Fayed telah menonjolkan imej orang kaya Arab di Kota London. Tambahan pula anak lelaki al-Fayed iaitu Dodi hebat berasmara dengan Puteri Diana.
 
(Kiri) Putri Diana dan Dodi (Kanan) Mohamed Al-Fayed
Kami percaya, Al-Fayed tidak perlu membuat bising di akhbar-akhbar mengatakan kematian anaknya Dodi dan Diana adalah “konspirasi” pihak-pihak tertentu. Al-Fayed sepatutnya melihat sendiri rakan kongsinya itu yang secara semulajadinya adalah tali barut Israel.
Jika rahsia kerajaan bapa mertuanya sendiri boleh dibocorkan hanya kerana wang, apatah lagi Al-Fayed yang hanya insan biasa yang tiada fail rahsia.

Siapa pembunuh Dr. Ashraf Marwan?
Sehingga sekarang, tiada siapa pun tahu tentang punca kematian sebenar si laknat ini. Kematiannya terlalu misteri dan sukar diketahui puncanya walaupun dibuat pelbagai penyelidikan profesional oleh agen-agen Mossad sendiri.
Sesetengah pemerhati mengatakan Ashraf mati kerana membunuh diri disebabkan beliau telah mengetahui rahsia aktivitinya telah didedahkan oleh agen Mossad sendiri. Menurut pemerhati juga, tindakan membunuh diri adalah jalan terbaik kerana pendedahan oleh Eli Ziera itu hanya akan membuat dirinya diburu oleh para pejuang Islam.
Bagi badan perisik Israel, Mossad, MI6, CIA dan Scotland Yard, mereka meyakini bahawa kematian itu adalah dirancang dan dilakukan oleh seseorang. Badan-badan ini mengesyaki bahawa ia dilakukan oleh agen-agen perisik dari kerajaan Mesir atas arahan presiden Hosni Mubarak.
Namun begitu, apa yang menarik perhatian dan misteri ialah bukan kerana siapa yang membunuh Dr. Ashraf Marwan. Tetapi ia lebih kepada persoalan bekas-bekas agen Mossad sendiri.

Misteri pembongkaran rahsia sulit Israel
Persoalan yang tiada jawapan dan amat merunsingkan kerajaan Israel sehingga sekarang ialah…
Mengapa sejak tahun 2000 semakin ramai bekas-bekas perisik Mossad di Israel mula mendedahkan rahsia kerajaan mereka?
Mengapa pendedahan itu dibuat oleh agen-agen Mossad yang berketurunan Yahudi sendiri?
Dan yang lebih merungsingkan ialah mereka ini bersungguh-sungguh mendedahkan hal-hal sulit tanpa rasa takut akan sebarang ancaman dari kerajaan mereka sendiri. Malah mereka juga sanggup berhadapan tindakan-tindakan mahkamah Israel yang tegas.

Thursday, March 25, 2010

MUHASABAH

Peraturan & Arahan

oleh: Imam Shaheed Hassan Al-Banna


Alhamdulillah, segala selawat dan salam kepada Imam muttaqin dan pemimpin para mujahidin, Saidina Muhammad, nabi yang al-Amin, juga ke atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan siapa yang mengikuti mereka sehinggalah ke hari Kiamat. Inilah risalahku (perutusan) kepada Ikhwanul Muslimin yang beriman dengan ketinggian dakwah dan kesucian fikrah mereka, benar-benar berazam untuk hidup dan mati pada jalannya. Kepada Ikhwan ini sahaja aku tujukan kata-kataku yang ringkas ini. Ia bukannya pelajaran yang hanya untuk dihafal tetapi taklimat yang perlu dilaksanakan. Ayuhlah kepada amal wahai saudara-saudaraku yang benar dalam fikrahnya. Firman Allah yang bermaksud: "Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu amalkan. Dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, maka Dia akan memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan". Juga "Sesungguhnya inilah jalanku yang lurus maka ikutilah ia dan janganlah kamu ikuti jalan-jalan yang lain nescaya kamu akan berpecah-belah dari jalanNya. Itulah yang diperintahkan kepada kamu agar kamu bertaqwa. Manakala orang yang selain dan mereka, hendaklah diberikan pelajaran, ceramah, kitab-kitab, makalah-makalah dan kerja organisasi. Dalam setiap tujuan itu, Allahlah yang memimpinnya maka bersegeralah kepada kebaikan dan kesemuanya telah dijanjikan kebaikan oleh Allah. Wassalamualaikum wrh. wbh.

WAHAI IKHWAN YANG BENAR DALAM FIKRAHNYA...

Rukun Bai'ah adalah sepuluh rukun maka hendaklah kamu memeliharanya:
  1. Faham,
  2. Ikhlas,
  3. Amal,
  4. Jihad,
  5. Tadhiyyah,
  6. Taat,
  7. Thabat,
  8. Tajarrud,
  9. Ukhuwwah dan
  10. Thiqah.

Wahai akh yang benar dalam dakwahnya:


FAHAM
Maksudku dengan rukun faham adalah: Hendaklah kamu yakini bahawa fikrah kita adalah fikrah Islam yang tulen dan hendaklah difahamkannya kepada orang ramai seperti mana yang kita fahami dalam lingkungan dua puluh usul yang amat ringkas.
  1. Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan negara ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun kasih sayang dan keadilan. Ia adalah peradaban dan undang-undang ataupun keilmuan dan hukum-hukum. Ia juga adalah material dan harta benda ataupun kerja dan kekayaan, ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Begitu juga ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di sisi kita.
  2. Al-Quran yang mulia dan sunnah yang suci adalah rujukan kepada setiap muslim dalam mengetahui hukum-hukum Islam. Al-Quran difahami dengan mengikut kaedah bahasa arab dengan tidak mengikut sikap memberatkan dan menyempitkan. Kefahaman kepada sunnah yang suci adalah dengan mengembalikannya kepada rijal-rijal hadis yang thiqah.
  3. Iman yang benar, ibadat yang sahih dan mujahadah mempunyai cahaya dan kemanisan yang diberikan oleh Allah kepada hati-hati hamba yang dikehendakiNya. Manakala ilham, lintasan hati, tilikan dan tenungan adalah bukan dari dalil hukum syariah yang tidak diberikan iktibar kecuali jika tidak bertembung dengan hukum dan nas agama.
  4. Dan setiap tangkal, pelindung, azimat, tilikan, jampi serapah dan pengakuan mengetahui perkara ghaib adalah termasuk dalam perkara mungkar yang wajib diperangi kecualilah jika ianya adalah daripada ayat al-Quran dan tangkal yang sandarannya.
  5. Pandangan Imam dan naibnya pada masalah yang tidak ada nas putus padanya dan pada perkara yang mempunyai arah pandangan yang berbagai hendaklah dipakai selagi mana ia tidak bertentangan dengan kaedah syarak. Pandangan ini kadangkalanya berubah dengan perubahan situasi, uruf dan adat. Asal dalam perkara ibadat adalah mengabdikan diri tanpa berpaling kepada makna-maknanya sedangkan asal dalam perkara adat, dilihat kepada rahsia-rahsia, hikmat dan tujuannya.
  6. Setiap orang boleh dipakai ataupun ditolak kata-katanya melainkan kata-kata yang keluar dari orang yang dilindungi dari dosa, Rasulullah s.a.w. Setiap perkara yang datang dari para salafussoleh r.a yang bertepatan dengan kitab Allah dan sunah, kita hendaklah menerimanya. Kalau tidak bertepatan dengan nas, maka nas al-Quran dan sunah Rasulullah s.a.w adalah yang lebih utama untuk diikuti. Tetapi kita tidak sekali-kali mengutuk dan memburukkan seseorang dari mereka walaupun apa yang telah diselisihkan mengenainya. Kita serahkan semuanya kepada niat masing-masing kerana mereka telah bergantung kepada apa yang telah mereka kerjakan.
  7. Setiap muslim yang tidak sampai kepada martabat ijtihad dalam mencari dalil hukum Islam yang furuk hendaklah mengikut kepada pegangan salah seorang dari Imam-imam mazhab Islam. Menjadi elok lagi kepadanya ketika mengikut mazhab itu jika ditambah dengan usaha yang sedaya upaya untuk mengetahui dalil-dalilnya. Dia hendaklah menerima segala petunjuk yang diserta dengan dalil, ketika diyakini kesahihan dan kebolehan orang yang memberikan petunjuk itu kepadanya. Dia juga hendaklah menyempurnakan kekurangan ilmu yang ada pada dirinya sekiranya dia di kalangan ahli ilmu sehinggalah dia sampai kepada peringkat Al-Nazar (ijtihad hukum).
  8. Perselisihan faham dalam perkara furuk fekah tidak boleh menjadi sebab kepada berlakunya perpecahan di dalam agama, juga janganlah ianya membawa kepada perbalahan, kemarahan antara satu sama lain. Setiap mujtahid ada pahalanya. Tidak ada halangan jika dilakukan pengkajian ilmiah yang adil dalam masalah yang diperselisihkan ini yang dilakukan dalam naungan perasaan kasih mengasihi kerana Allah, bantu membantu untuk sampai kepada hakikat yang sebenarnya, dengan tidak membawa kepada perbahasan yang dikeji dan perasaan taasub.
  9. Melarutkan diri ke dalam masalah yang tidak membawa kepada amal adalah antara takalluf (memberatkan) yang dilarang oleh syarak. Di antara masalah seperti itu adalah seperti banyaknya cabang dalam hukum-hukum yang tidak mungkin berlaku, larut dalam membahaskan makna ayat al-Quran yang masih tidak diketahui oleh akal pengetahuan dan perbincangan untuk melebihkan antara sahabat-sahabat r.a dan pertentangan yang berlaku antara mereka. Setiap dari sahabat ada kelebihan bersahabat dengan Rasulullah s.a.w dan kesemuanya dibalas bergantung kepada niatnya. Membincangkan perkara ini boleh membawa kepada perselisihan yang buruk akibatnya.
  10. Makrifat Allah Taala, tauhid kepadaNya, membersihkanNya adalah akidah Islam yang paling mulia. Kita beriman dengan ayat dan hadis sahih yang menceritakan sifat Allah dan apa perumpamaan yang layak denganNya, kita beriman dengannya seperti mana datangnya ayat itu tanpa takwil dan mencuaikan. Kita juga tidak mencampurkan diri kita kepada perkara yang diperselisihkan oleh ulamak mengenai perkara ini. Kita hanya mengikut apa yang diredhai oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda. Firman Allah yang bermaksud: "Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama berkata: "Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan Kami" (Al-Imran).
  11. Setiap perkara bid'aah dalam din Allah yang tidak ada asalnya walaupun diperelokkan oleh manusia dengan nafsu mereka dengan menambahkan ataupun mengurangkannya, adalah perkara kesesatan yang wajib diperangi dan dihapuskan dengan cara yang terbaik yang tidak membawa kepada merebaknya perkara yang lebih buruk dari itu.
  12. Perkara bid'aah tambahan dan kurangan serta iltizam dengan ibadat yang mutlak adalah antara masalah fekah yang masih diperselisihkan. Setiap ulamak mempunyai pandangan yang tersendiri. Tidak menjadi halangan jika kita mencari kebenaran dengan dalil dan bukti.
  13. Mencintai, menghormati dan memuji orang-orang yang soleh kerana amalan kebaikan mereka adalah satu pendekatan diri kepada Allah Taala. Wali-wali Allah inilah yang dimaksudkan oleh Allah sebagai orang yang beriman dan mereka bertaqwa kepadaNya. Perkara keramat berlaku kepada mereka dengan syarat yang syar'ie dengan menganggap bahawa mereka telah diredhai oleh Allah dan mereka tidak mempunyai kuasa memudaratkan atau memberikan manfaat diri mereka sendiri di kala hidup atau mati mereka tambahan pula memberikan perkara seperti itu kepada orang lain.
  14. Menziarahi mana-mana kubur adalah perkara yang disyariatkan tetapi dengan caranya yang muktabar. Namun begitu, meminta pertolongan, memanggil orang mati (walaupun siapa dia), meminta tunaikan hajatnya dengannya secara dekat ataupun jauh, bernazar kepada mereka, menghiaskan dan menerangkan kubur mereka, menyapunya, bersumpah dengannya selain dari Allah dan sebagainya dari perkara yang bid'aah, kesemuanya itu adalah perkara yang bid'aah yang merupakan dosa besar yang wajib diperangi. Janganlah kita mentakwilkan perkara-perkara ini kerana kita hendaklah menyekat daripada berlakunya perkara-perkara tersebut (Saddu al-Zaraik).
  15. Doa kepada Allah yang disertai dengan tawasul dengan orang lain adalah masalah khilaf furuk dalam masalah cara berdoa dan ia bukannya dari masalah akidah.
  16. Uruf yang salah tidak akan menukarkan hakikat lafaz syariat bahkan kita wajib memastikannya dari hudud makna yang dimaksudkannya dan berhenti di situ. Begitu juga wajib kita bebaskan diri kita dari tertipu dengan kata-kata dalam setiap aspek kehidupan dan juga agama. Pengajaran diambil daripada apa yang dinamakan dan bukannya dan nama itu sendiri.
  17. Akidah adalah asas kepada amalan dan amalan hati adalah lebih utama dari amalan anggota lain. Mencari kesempurnaan dalam amalan keduanya adalah dianjurkan oleh syarak walaupun terdapat perbezaan darjah anjuran ini.
  18. Islam telah membebaskan akal dan memberi galakkan supaya memerhatikan bumi ini. Islam juga telah mengangkat taraf ilmu dan ulamak dan mengalu-alukan apa yang baik dan berfaedah dalam setiap perkara. `Hikmat itu adalah perkara yang hilang dari mukminin dan sekiranya dia menjumpainya, dialah yang paling berhak dengannya.'
  19. Kadang-kala setiap pandangan syarak dan pandangan akal menyelusup ke dalam perkara yang tidak ada pada pandangan yang kedua tetapi keduanya ini tidak akan berselisih dalam perkara yang pasti (qat'ie). Hakikat ilmiah yang sahih tidak akan bertembung dengan kaedah syarak yang tetap. Perkara yang dzan (diragui) darinya akan ditakwilkan agar bertepatan dengan perkara yang qat'ie. Jika keduanya adalah perkara yang `dzan', maka pandangan syarak adalah lebih utama untuk dipakai dan pandangan akal ketika itu hanyalah untuk memastikannya sahaja ataupun dihapuskan terus.
  20. Kita tidak akan mengkufurkan orang muslim yang mengikrarkan dua kalimah syahadah, beramal dengan tuntutannya dan mengerjakan fardhu-fardhunya, semata kerana pandangan ataupun maksiat yang dilakukan kecualilah jika dia mengakui dengan perkataan kufur, mengingkar perkara yang maklum dari asas yang darurat dalam agama, ataupun mendustakan al-Quran yang jelas, atau mentafsirkannya dengan tafsiran yang ditafsirkan sebagai kufur oleh gaya bahasa arab, ataupun beramal dengan amalan yang tidak boleh ditakwil lagi selain dari kufur.
Jika seorang akh itu mengetahui dinnya dengan usul-usul ini, ketika itu dia telah mengetahui apakah makna yang dimaksudkan oleh slogan abadinya iaitu `Al-Quran Perlembagaan Kami dan Rasul Ikutan Kami'.

IKHLAS
Maksudku dengan ikhlas: Bahawa seorang saudara muslim itu menujukan segala perkataan, amalan dan jihadnya keseluruhannya kepada Allah, mencari keredhaan dan kebaikan balasanNya, dengan tidak melihat keuntungan, gaya, pangkat, gelaran, kemajuan ataupun kemunduran. Dengan itu dia menjadi seorang tentera kepada fikrah dan akidah dan bukannya tentera satu tujuan atau manfaat yang tertentu. Allah telah berfirman yang bermaksud: "Katakanlah bahawa sembahyangku, ibadatku, kehidupanku dan kematianku hanyalah kepada Allah tuhan sekelian alam dan dengan itulah aku diperintah" (Surah al-An'aam). Dengan itu juga seorang akh muslim itu dapat memahami makna slogan abadinya iaitu: "Allah Matlamat Kami". Allahuakbar, kepada Allah segala pujian.

AMAL
Maksudku dengan amal: Natijah dari ilmu dan ikhlas. Firman Allah yang bermaksud: "Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu amalkan. Dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, maka Dia akan memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan" (Surah al-Taubah). Peringkat amal yang diperlukan dari seorang akh yang benar keimanannya itu adalah:
  1. Memperbaiki dirinya sendiri sehingga menjadi seorang yang kuat fizikal, berakhlak mulia, berpengetahuan tinggi, berupaya untuk berdikari, selamat akidah, ibadat yang sahih, berjihad dengan dirinya sendiri, menjaga masanya, teratur dalam segala urusannya dan bermanfaat kepada selain darinya. Itulah kewajipan setiap orang akh.
  2. Membentuk rumah tangga muslim dengan membawa ahli rumahnya menghormati fikrahnya, memelihara adab-adab Islam dalam setiap urusan kehidupan, tepat dalam memilih isteri, mengikat isterinya pada hak-hak dan kewajipannya, elok tarbiyah anak-anak dan pembantu dan membesarkan mereka menurut dasar-dasar Islam. Itulah juga kewajipan setiap orang akh.
  3. Memberi petunjuk kepada masyarakat dengan menyebarkan dakwah kebaikan, memerangi perkara keji dan mungkar, menggalakkan sifat yang mulia, menyeru kepada kebaikan, bersegera ke arah kebaikan, membawa pandangan umum kepada fikrah Islam dan mencelup kehidupan umum dengan celupan dakwah Islam. Itu adalah kewajipan jemaah sebagai pertubuhan yang beramal.
  4. Membebaskan negara dari penjajahan kuasa asing bukan Islam sama ada penjajahan itu berbentuk politik, ekonomi ataupun rohani.
  5. Memperbaiki kerajaan sehingga menjadi kerajaan Islam yang sebenarnya. Dengan itu ia dapat menunaikan tugasnya sebagai pembantu kepada umat, buruh dan pekerja untuk kepentingannya. Kerajaan Islam adalah kerajaan di mana anggotanya adalah muslimin yang menunaikan fardhu-fardhu Islam dan tidak melakukan maksiat dan ia menjalankan semua hukum dan ajaran Islam. Tidak menjadi masalah jika kerajaan ini meminta bantuan dengan orang yang bukan Islam ketika darurat tetapi bukan dalam jawatan pemerintahan umum. Tidak menjadi masalah mengenai bentuk ataupun jenis pertolongan yang diminta selagi mana ia adalah bertepatan dengan kaedah umum dalam dasar pemerintahan Islam. Di antara sifat kerajaan Islam adalah: Merasakan tanggung jawab yang diletakkan kepadanya, kasihan belas kepada rakyat, berlaku adil di kalangan manusia, cermat dalam perbelanjaan wang umum dan berekonomi padanya. Antara kewajipannya adalah menjaga keamanan, melaksanakan undang-undang, menyebarkan ajaran Islam, melengkapkan kekuatan, menjaga kesihatan, menjaga kepentingan umum, menyuburkan harta benda dan menjaga wang negara, menguatkan akhlak yang mulia dan menyebarkan dakwah Islamiyyah, Antara haknya pula ketika ia telah menjalankan kewajipannya itu adalah: Diberikan ketundukan dan kepatuhan, dibantu dengan diri dan harta. Jika kerajaan ini tidak menjalankan kewajipannya dengan sempurna maka ia mesti diberikan nasihat dan petunjuk, kemudiannya dipecat dan dijauhkan jika ia tidak mengikut nasihat kerana tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada yang menciptanya.
  6. Mengembalikan kehebatan antarabangsa kepada umat Islam dengan membebaskan negara-negara Islam yang dijajah, menghidupkan keagungannya, memperdekatkan peradabannya, menghimpunkan kesatuannya sehingga membawa kepada kembalinya Khilafah Islamiyyah yang telah hilang, dan mengembalikan kesatuan yang diharap-harapkan.
  7. Membentuk kuasa besar dunia dengan menyebarkan dakwah Islam kepada setiap pelusuknya sehingga tidak ada lagi di sana fitnah dan agama itu hanyalah untuk Allah. Allah Taala enggan kecuali untuk disempurnakan NurNya (Maksud firman Allah). Keempat-empat peringkat yang terakhir ini adalah wajib kepada jemaah yang bersatu dan juga kepada setiap akh dengan sifatnya sebagai anggota dalam jemaah ini. Alangkah beratnya tanggung jawab dan alangkah besarnya misi ini. Manusia lain akan memandangnya sebagai khayalan sementara akh muslim memandangnya sebagai hakikat yang ingin dicapai dan dia tidak akan berputus asa. Bagi kita, Allah adalah harapan utama kepada kita seperti mana yang dimaksudkan oleh firman Allah dalam surah Yusuf: "Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
JIHAD
Maksudku dengan jihad adalah: Ia adalah satu fardhu yang berkuatkuasa sehingga hari kiamat. Begitu juga maksud dari sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang mati dan tidak berperang dan tidak berniat hatinya untuk berperang maka dia mati dalam keadaan mati jahiliyyah." Peringkat pertamanya adalah mengingkari dari hati, peringkat tertingginya adalah berjihad di jalan Allah. Antara keduanya: Jihad lidah, pena, tangan dan perkataan yang benar kepada pemerintah yang zalim. Dakwah ini tidak akan hidup kecuali dengan jihad. Setanding dengan ketinggian dan keluasan ufuk dakwah ini, begitu jugalah besarnya kelebihan jihad di jalan dakwah, mahalnya harga yang dipinta untuk mendokongnya, besarnya balasan yang akan diberikan kepada orang-orang yang beramal. "Berjihadlah di jalan Allah dengan sebenar-benar jihad." Dengan itu kamu akan memahami apakah yang dimaksudkan dengan slogan abadi kamu: `Jihad Adalah Jalan Kami'.

TADHIYYAH
Maksudku dengan tadhiyyah (pengorbanan) adalah: Mengorbankan harta, waktu, kehidupan dan segalanya untuk mencapai matlamat yang ingin dicapai. Tidak ada jihad di dunia ini yang tidak disertai dengan pengorbanan. Jangan sekali-kali unsur pengorbanan ini digugur dalam jalan fikrah ini kerana sesungguhnya di sana ada balasan dan pahala yang besar dan indah untuknya. Sesiapa yang berhenti dari memberikan pengorbanan maka dia adalah berdosa. "Sesungguhnya Allah telah membeli nyawa dan harta dari mukminin." "Katakan bahawa jika sekiranya ayah-ayah kamu dan anak-anak kamu..." "Demikian itu kerana mereka tidak ditimpa dahaga dan kekurangan..." "Jika kamu taat maka Allah akan memberikan kepadamu balasan yang baik" Dengan demikian kamu akan memahami makna slogan abadimu: `Mati Syahid Di Jalan Allah adalah Setinggi Cita-cita'.

TAAT
Apa yang aku maksudkan dengan taat adalah: Mematuhi perintah dan melaksanakannya dengan segera sama ada dalam keadaan kesusahan ataupun kesenangan, perkara yang disukai ataupun dibenci. Ini adalah kerana peringkat dakwah ini ada tiga peringkat:
  1. Peringkat Taarif iaitu pengenalan. Ini merupakan peringkat menyebarkan fikrah secara umum di kalangan manusia. Sistem dakwah dalam peringkat ini adalah seperti sistem sebuah organisasi. Peranannya adalah bekerja ke arah kepentingan umum. Wasilahnya adalah cara nasihat menasihati, memberikan petunjuk dan di ketika yang lain menubuhkan beberapa pertubuhan yang berfaedah dan lain-lain wasilah yang praktikal. Setiap cabang dari Ikhwan akan berfungsi di peringkat ini untuk menghidupkan dakwah dan diaturkan oleh undang-undang asas yang diterangkan oleh perutusan-perutusan Ikhwan dan majalah-majalahnya. Dakwah pada peringkat ini adalah dakwah umum. Setiap orang yang berkeinginan untuk memberikan sahamnya akan berhubung dengan jemaah dalam setiap operasinya dan dia akan berjanji untuk memelihara dasar-dasar jemaah. Taat yang mutlak tidak lagi diwajibkan pada peringkat ini seperti wajibnya menghormati peraturan dan dasar-dasar umum jemaah.
  2. Peringkat Takwin (pembentukan). Ini dilakukan dengan memilih unsur-unsur yang layak untuk menanggung bebanan jihad dan juga menyatukan antara mereka. Sistem dakwah pada peringkat ini adalah secara sufi di sudut rohani, sistem ketenteraan di sudut praktikalnya. Slogan pada dua perkara ini (amal dan taat) adalah dengan tidak berbelah bahagi, tidak menarik balik, tidak ragu dan tidak merasa tertekan. Katibah-katibah Ikhwan pada peringkat ini akan dibentuk dan akan diaturkan oleh perutusan dasar yang lalu dan juga perutusan ini. Dakwah pada peringkat ini adalah berbentuk dakwah khas yang hanya akan bergabung dengannya orang yang mempunyai kesediaan sebenar untuk menanggung bebanan jihad yang panjang yang banyak cabaran. Petanda awal kepada kesediaan ini adalah taat yang mutlak dan sempurna.
  3. Peringkat Tanfiz (Pelaksanaan). Dakwah pada peringkat ini adalah peringkat jihad yang tidak ada tolak ansur di dalamnya, amalan yang berterusan dan usaha untuk sampai kepada matlamatnya, cabaran dan bala yang hanya akan dapat disabari oleh orang yang benar. Tidak ada yang mengimbangi peringkat ini kecuali dengan taat yang sempurna juga. Atas perkara inilah generasi Ikhwan yang pertama telah berbai'ah pada hari 5 Rabiul Awal 1359 hijrah.
THABAT
Maksudku dengan thabat (keteguhan) adalah: Seorang akh itu sentiasa beramal dan berjihad dalam mencapai matlamatnya walaupun selama mana masa yang akan dilalui sehinggalah dia berjumpa dengan Allah sedang dia sudah mendapat satu antara dua perkara yang elok untuknya iaitu dapat mencapai matlamatnya ataupun mati syahid pada akhirnya. Firman Allah yang bermaksud: "Di antara orang-orang yang beriman, ada orang-orang yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur (syahid), dan di antara mereka ada yang menunggu giliran dan mereka tidak mengubah janjinya) sedikitpun" (Al-Ahzab). Pada kita, masa adalah sebahagian dari unsur rawatan. Jalan ini adalah jalan yang panjang, peringkat yang berjauhan antara satu sama lain dan banyak cabaran yang akan ditempuhi, namun begitu jalan ini sahajalah yang akan menepati maksud di samping balasan dan pahala yang banyak dan indah. Itu adalah kerana setiap wasilah kita yang enam itu memerlukan persediaan yang elok, menunggu peluang yang mendatang dan ketelitian dalam pelaksanaan. Semuanya itu bergantung kepada masanya. Firman Allah yang bermaksud: "Mereka berkata kepadanya: Bilakah kemenangan itu, katakanlah kepada mereka semoga kemenangan itu adalah perkara yang hampir berlaku" (Al-Israk).

TAJARRUD
Maksudku dengan tajarrud ini adalah: Kamu mengikhlaskan diri kamu untuk fikrah kamu sahaja dan tidak kepada lain-lain dasar dan peribadi. Ini adalah kerana fikrah yang kamu bawa adalah fikrah yang paling mulia, paling global dan tinggi. "Celupan Allah (celupan keimanan yang sebenar kepada Allah yang telah sebati dalam jiwa orang-orang mukmin). Dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah?" (Al-Baqarah). "Sesungguhnya telah ada bagi kamu contoh teladan yang baik pada Nabi Ibrahim dan mereka yang bersamanya, ketika mereka berkata kepada kaum mereka: "Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah, kami mengingkari kamu dan telah jelas antara kami dengan kamu permusuhan dan kebencian selama-lamanya sehingga kamu beriman kepada Allah sahaja..." (al-Mumtahanah). Di sisi seorang akh itu, manusia adalah terdiri dari enam golongan: Muslim mujahid, muslim yang menganggur, muslim yang berdosa, zimmi yang mempunyai perjanjian, tidak berpihak kepada mana-mana pihak dan kafir yang memerangi Islam. Setiap golongan ini ada hukum interaksi yang khas dengannya di dalam pertimbangan Islam. Dalam hudud pembahagian inilah, seorang peribadi ataupun sesebuah pertubuhan dipertimbangkan sama ada untuk diberikan perkongsian ataupun permusuhan.

UKHUWWAH
Maksudku dengan ukhuwwah (persaudaraan) adalah: Hati-hati dan ruh terikat dengan ikatan akidah. Ikatan akidah adalah ikatan yang paling kukuh dan mahal. Persaudaraan sebenarnya adalah persaudaraan iman dan perpecahan itu adalah saudara kepada kekufuran. Kekuatan yang pertama kepada kita adalah kekuatan kesatuan, tidak ada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah adalah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah martabat `ithar' (melebihkan saudaranya dari dirinya sendiri). Firman Allah yang bermaksud: "Dan sesiapa yang menjaga dirinya dari kebakhilan, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya" (Al-Hasyr). Akh yang benar dengan fikrahnya akan melihat saudaranya lebih utama untuk diberikan perhatian dari dirinya sendiri kerana kalaulah mereka tidak bersama dengannya pasti mereka akan bersama dengan selain darinya. Sesungguhnya serigala akan membaham kambing yang kesesatan. Mukmin dengan mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan yang menguatkan antara satu sama lain. "Mukminin dan mukminat sebahagian mereka adalah pemimpin kepada sebahagian yang lain." Inilah situasi yang perlu kita wujudkan.

THIQAH
Maksudku dengan thiqah adalah: Seorang jundi itu yakin dan tenang dengan kebolehan, keikhlasan pemimpinnya dengan keyakinan yang mendalam yang akan melahirkan perasaan kasih, menghargai dan taat. Firman Allah yang bermaksud: "Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad) mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka keberatan dari apa yang kamu hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya" (An-Nisa'). Pimpinan adalah sebahagian dari dakwah dan tidak ada dakwah tanpa pimpinan. Keyakinan yang silih berganti antara pimpinan dengan tenteranya akan mencernakan kekuatan sistem jemaah, mengukuhkan strateginya, kejayaannya dalam mencapai matlamatnya dan juga kejayaannya mengatasi segala cabaran dan kesusahan yang merintang perjalanan jemaah. "Ketaatan dan perkataan yang baik adalah lebih utama kepada mereka..." Pimpinan dalam dakwah Ikhwanul Muslimin mempunyai hak seperti hak bapa kepada anaknya di sudut hubungan ruhi, hak guru dalam kepentingan akademik, hak syeikh dalam tarbiyah ruhiyyah, hak pimpinan dalam hukum politik umum dakwah. Dakwah kita adalah himpunan dari makna-makna ini. Thiqah kepada pimpinan adalah segalanya dalam usaha menjayakan dakwah ini. Oleh itu seorang akh itu hendaklah bertanya kepada dirinya sendiri soalan-soalan ini untuk mengetahui sejauh mana thiqahnya kepada pimpinannya:
  1. Adakah dia pernah mengenali pimpinannya sebelum itu dan mengetahui keadaan hidupnya?
  2. Adakah dia yakin dengan kebolehan dan keikhlasannya?
  3. Adakah dia bersedia untuk menganggap setiap arahan yang diberikan kepadanya dari pimpinannya selain dari perkara maksiat, sebagai arahan yang putus dan muktamad yang tidak ada perbahasan, keraguan, tidak puas hati dan kritik selepasnya?, di samping memberikan nasihat dan petunjuk kepada perkara yang benar?
  4. Adakah dia bersedia untuk menganggap pandangannya adalah salah dan pandangan pimpinannya adalah yang benar, jika berlaku pertembungan arahan pimpinan dengan apa yang diketahuinya dalam masalah ijtihadiyah yang tidak ada nas syarak?
  5. Adakah dia bersedia untuk meletakkan keadaan hidupnya di bawah kepentingan dakwah?
Adakah pada pandangannya, pimpinan memiliki haknya dalam menentukan antara kepentingan individunya dengan kepentingan dakwah secara umum?
Dengan menjawab soalan seperti ini, seorang akh itu dapat mengukur sejauh mana hubungannya dengan pimpinannya dan keyakinannya kepadanya. Ini adalah kerana hati-hati manusia adalah berada di tangan Allah dan Allah membolak balikkannya mengikut apa yang Dia kehendaki. Firman Allah yang bermaksud: "Kalaulah kamu belanjakan segala yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" (Al-Anfaal).

BAI'AH
Wahai akh yang benar dalam dakwahnya: Keimanan kamu dengan bai'ah ini mewajibkan agar kamu menunaikan beberapa kewajipan di bawah sehinggalah kamu menjadi satu sudut yang kukuh dalam binaan Islam ini. Kewajipan itu adalah:
  1. Kamu hendaklah mempunyai wirid al-Quran harian iaitu tidak kurang dari satu juzuk sehari dan berusahalah agar kamu menghabiskannya dalam masa yang tidak lebih dari sebulan dan tidak kurang dari tiga hari.
  2. Hendaklah kamu perelokkan bacaan al-Quran kamu, mendengar dan mentadabbur makna-maknanya. Hendaklah kamu memenuhi masa kamu dengan mempelajari sirah yang suci dan juga sejarah para salaf, paling kurang bacalah kitab `Humatul Islam'. Hendaklah juga kamu banyakkan membaca hadis Rasulullah s.a.w, menghafal paling kurang empat puluh hadis dan seboleh-bolehnya hendaklah hadis empat puluh pilihan an-Nawawi. Kamu juga hendaklah mempelajari usul akidah dan cabang-cabang fekah.
  3. Sentiasa membuat pemeriksaan am kesihatan dan mendapat rawatan setiap penyakit yang dihidapi, juga mementingkan unsur-unsur kekuatan dan pencegah penyakit jasmani dan menjauhi unsur-unsur pembawa penyakit.
  4. Jauhkan dari terlampau banyak minum kopi, teh dan lain-lain minuman penyegar, jangan minum minuman-minuman ini kecuali ketika darurat. Janganlah sekali-kali merokok.
  5. Hendaklah menjaga kebersihan dalam setiap perkara sama ada dalam tempat tinggal, pakaian, makanan, badan dan juga tempat kerja. Agama dibina atas asas kebersihan.
  6. Hendaklah bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta.
  7. Hendaklah jujur dalam menunaikan segala janji dan kata-kata. Janganlah melanggarnya walaupun apa juga keadaan.
  8. Hendaklah menjadi seorang yang berani dan tabah menanggung kesusahan. Keberanian yang paling utama adalah berterus terang dalam perkara benar, merahsiakan perkara yang rahsia, mengakui kesilapan sendiri dan insaf diri dan mampu mengawal diri ketika marah.
  9. Hendaklah sentiasa warak, tenang dan serius. Kewarakan kamu tidak menghalang kamu dari gurauan benar ataupun suka dalam senyuman.
  10. Hendaklah menjadi seorang yang pemalu dan sensitif, kuat terkesan dengan kebaikan dan keburukan iaitu bergembira dengan yang pertama (kebaikan) dan sedih dengan perkara yang kedua (keburukan). Hendaklah juga menjadi seorang yang tawadhuk dalam perkara yang bukan mendatang kehinaan, ketundukan dan pendustaan. Hendaklah meminta gaji yang kurang dan gaji sebenarnya agar kamu dapat sampai kepada darjat tawadhuk.
  11. Hendaklah sentiasa adil dan benar dalam setiap keputusan yang diambil dalam apa jua keadaan. Kemarahan kamu kepada sesuatu perkara janganlah melupakan kamu akan kebaikan-kebaikan yang ada, begitu juga perasaan redha kamu pada satu perkara janganlah menutup segala kejahatan yang ada. Janganlah pertelingkahan kamu menjadikan kamu melupakan segala nilai murni. Bercakap benarlah walaupun dalam perkara yang menyentuh diri sendiri ataupun menyentuh orang yang terdekat dengan kamu sekalipun perkara yang kamu tidak sukai.
  12. Hendaklah menjadi seorang yang sentiasa cergas, ringan tulang dalam khidmat awam, gembira dan riang jika dapat memberikan  bantuan dan khidmat kepada orang lain. Ziarahilah orang sakit, bantulah orang yang berhajat, menanggung orang yang lemah,   membantu orang yang ditimpa kemalangan walaupun hanya dengan  perkataan yang baik, juga sentiasalah bersegera dalam amalan  kebaikan.
  13. Hendaklah menjadi seorang yang menyayangi, memuliakan,  memaafkan, mengampun dan berlembut dengan manusia mahupun  binatang. Hendaklah mempunyai interaksi dan akhlak yang elok  dengan semua manusia, memelihara adab Islam dan kemasyarakatan,   mengasihi kanak-kanak, memuliakan dan menghormati orang tua,  melapangkan majlis, tidak menyelinap dan merisik hal orang lain,  tidak mengumpat dan bertempik-tempik, meminta izin jika ingin  masuk dan keluar dan lain-lain lagi.
  14. Bijak dalam membaca dan menulis, banyak mentelaah  perutusan-perutusan, akhbar, majalah Ikhwan dan sebagainya. Hendaklah membuat perpustakaan sendiri walaupun kecil, hendaklah  kamu menjadi seorang yang pakar dalam bidang ilmu dan seninya jika  kamu seorang ahli takhasus. Hendaklah kamu menguasai hal-ehwal am  Islam yang membolehkan kamu menggambarkannya dan memutuskan  sesuatu hukum yang bertepatan dengan kehendak fikrah.
  15. Hendaklah berkecimpung dalam kerja ekonomi walaupun banyak  mana harta kamu. Hendaklah melebihkan kerja sendiri walaupun  dengan pendapatan yang kecil, juga hendaklah menumpukan segala usaha kamu kepadanya walaupun setinggi mana tahap pencapaian  akademik kamu.
  16. Jangan terlalu mengharapkan kerja dengan kerajaan dan  hendaklah kamu menganggapnya sebagai pintu rezeki yang paling sempit. Jangan pula kamu menolaknya jika kamu diberikan peluang. Janganlah kamu melepaskannya kecualilah jika ia bertentangan  secara langsung dengan kewajipan dakwah.
  17. Pastikan kamu melakukan pekerjaan kamu dengan seelok eloknya,  penuh ketekunan, dedikasi, tidak menipu dan tepat pada masanya. 
  18. Hendaklah kamu menjadi seorang yang bijak menunaikan hak-hak  kewajipan kamu, hendaklah menunaikan hak-hak orang lain dengan  sempurna tidak ada kekurangan, dan tidak sekali menangguh-nangguh.
  19. Hendaklah jauhkan diri dari sebarang jenis perjudian walaupun  apa tujuan lain di belakangnya, jauhkanlah diri dari segala punca  pendapatan yang haram walaupun sebanyak mana keuntungan segera  yang akan didapati.
  20. Jauhkan diri dari riba dalam segala bidang muamalah dan  bersihkan diri anda keseluruhannya dari riba.
  21. Hendaklah memberikan khidmat positif kepada perkembangan  ekonomi Islam dengan mendokong segala kilang-kilang dan  binaan-binaan ekonomi Islam. Jagalah setiap sen duit kamu agar  jangan terjatuh ke tangan pihak bukan Islam walau apa jua keadaan.   Janganlah kamu makan dan pakai kecuali dari makanan dan pakaian  buatan negara Islam kamu sendiri.
  22. Memberikan saham sebahagian dari harta kamu untuk dakwah,  menunaikan zakat yang diwajibkan ke atas kamu dan jadikanlah ia  sebagai hak yang maklum kepada orang yang berhajat dan ketiadaan  harta benda, walau sekecil manapun pendapatanmu.
  23. Hendaklah mempunyai simpanan harta walaupun sedikit untuk masa  kecemasan dan jangan sekali-kali terjerumus dalam membelanjakannya  kepada perkara yang hanya bersifat menyempurnakan.
  24. Hendaklah berusaha sedaya upaya untuk menghidupkan segala  adat-adat Islam dan menghapuskan adat-adat asing dalam seluruh  aspek kehidupanmu. Antaranya: adat-adat yang bersangkutan dengan  salam alu-aluan, bahasa, sejarah, fesyen, perkakas rumah, jadual  kerja dan rehat, makanan dan minuman, jadual sampai dan bertolak,   kesedihan dan kesukaan dan sebagainya. Hendaklah kamu sentiasa  merujuknya daripada sunah Rasulullah s.a.w yang suci.
  25. Hendaklah kamu memulaukan segala mahkamah tradisi dan setiap  hukuman yang tidak menepati Islam, memulaukan sepenuhnya  kelab-kelab, media massa, kumpulan, sekolah-sekolah dan pertubuhan  yang menentang fikrah kamu.
  26. Sentiasa bermuraqabah kepada Allah Taala, mengingati akhirat  dan bersedia untuknya. Hendaklah kamu melakukan segala perkara  yang menyampaikan kamu kepada keredhaan Allah dengan penuh  kebanggaan dan keazaman. Hendaklah mendekatkan diri kepada Allah  dengan ibadat-ibadat sunat seperti sembahyang malam, berpuasa   sekurang-kurangnya tiga hari sebulan, memperbanyakkan zikir hati  dan lidah dan menyertakan doa yang muktabar dalam setiap keadaan.
  27. Hendaklah kamu sentiasa menjaga kesucian badan kamu dan sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk kebanyakan waktu. 
  28. Perelokkan sembahyang kamu, sentiasa mengerjakannya pada  waktunya dan menjaganya agar ditunaikannya secara berjemaah dan di masjid sejauh kemampuan kamu.
  29. Hendaklah berpuasa Ramadhan, mengerjakan haji jika mampu dan berusaha ke arahnya jika kamu masih belum ada kemampuan  mengerjakan haji.
  30. Sentiasalah sematkan niat untuk berjihad dan perasaan  mencintai syahid dalam hatimu dan bersedialah untuk itu sedaya upaya kamu.
  31. Hendaklah sentiasa memperbaharui taubatmu, sentiasa  beristighfar, melepaskan diri dan dosa-dosa kecil tambahan pula dosa-dosa besar. Hendaklah kamu memperuntukkan sedikit masa untuk  menghitung amalanmu sama ada baik ataupun tidak, sebelum tidur,  berwaspada dari membuang masa kerana masa adalah kehidupan,tidak menghabiskannya dalam perkara yang tidak berfaedah dan hendaklah  kamu warak dalam perkara yang syubhat supaya kamu tidak terjerumus  dalam perkara yang haram.
  32. Hendaklah kamu berjihad keras melawan nafsu kamu supaya kamu  dapat mengawalnya, hendaklah kamu menundukkan pandangan kamu,  mengawal perasaan kamu, melawan dorongan seks dalam diri kamu dan  hendaklah sentiasa mencari perkara yang halal dan baik dan menghalang kamu dari melakukan perbuatan yang haram.
  33. Hendaklah kamu menjauhkan diri sejauh-jauhnya dari arak dan  perkara yang memabukkan dan menghilangkan kewarasan dan yang  seumpamanya.
  34. Hendaklah kamu menjauhkan diri kamu dari kawan yang jahat dan  merosakkan begitu juga dari tempat-tempat maksiat dan dosa. 
  35. Hendaklah kamu memerangi tempat-tempat yang melalaikan lebih-lebih lagi dari mendekatinya. Kamu juga hendaklah menjauhkan  diri dari segala bentuk kemewahan.
  36. Hendaklah kamu mengenali dengan terperinci setiap individu dari kalangan anggota katibah kamu dan juga kenalkan diri kamu sedetailnya kepada mereka. Tunaikanlah hak-hak persaudaraan secara sempurna seperti kasih sayang, menghargai saudara, bantu membantu dan melebihkan mereka dari diri kamu sendiri (ithar). Hendaklah  kamu sentiasa menghadiri perjumpaan mereka dan janganlah ponteng darinya kecualilah dengan sebab keuzuran yang memaksa. Hendaklah sentiasa melebihkan mereka dalam setiap interaksi kamu.
  37. Hendaklah merungkaikan segala ikatan kamu dengan segala pertubuhan atau jemaah yang tidak ada hubungkaitnya dengan kepentingan fikrah kamu khasnya jika kamu diperintahkan sedemikian.
Berusahalah untuk menyebarkan dakwah kamu ke setiap pelusuk bumi ini dan hendaklah sentiasa memberitahu pimpinan kamu apa sahaja keadaan yang kamu hadapi dan janganlah membuat sesuatu yang  memberikan kesan yang besar kecuali dengan izin, hendaklah  sentiasa berada dalam hubungan sama ada ruh atau amali dengan pimpinan. Hendaklah kamu sentiasa menganggap diri kamu sebagai  seorang tentera di pengkalannya yang sentiasa bersedia menunggu  arahan.

Wahai saudara yang benar ...

Inilah dakwah kamu secara umumnya, ringkas penjelasan mengenai  fikrah kamu yang dapat dikumpulkan asas-asas ini ke dalam lima  slogan:

Allah Matlamat Kami,
Rasul Ikutan Kami,
Al-Quran Syariat Kami,
Jihad Jalan Kami dan Syahid adalah Cita-cita Kami'

Kamu juga dapat mengumpulkan tanda-tandanya dalam lima perkataan  yang lain iaitu: Al-Bisatoh (mudah dan bersederhana), Al-Tilawah  (tilawah al-Quran), Al-Solat (sembahyang), Al-Jundiyah  (Ketenteraan) dan Al-Khulk (akhlak).

Yakinlah bahawa jika kamu beramal dengannya dan menjadikannya  sebagai harapan hidupmu dan tumpuan matlamatmu, maka balasan yang  akan kamu dapati adalah kemuliaan di dunia serta kebaikan dan  keredhaan di akhirat nanti. Di kala itu kamu adalah sebahagian  dari kami dan kami adalah sebahagian dari kamu. Jika kamu berpaling dari kami dan berhenti dari amal ini, maka tidak ada lagi hubungan antara kita walaupun ketika itu kamu mengetuai kami dan mendapat gelaran-gelaran dan pangkat yang tinggi. Allah akan menghitung pengunduran kamu dari amal ini dengan hitungan yang ketat. Oleh itu pilihlah untuk dirimu apa yang kamu dampakan dan kami berdoa kepada Allah agar diberikan hidayah dan taufik kepada kita.

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu jika aku tunjukkan kepada kamu suatu perniagaan yang akan menyelamatkan kamu dari azab yang pedih:

Pertama:  Kamu beriman kepada Allah dan RasulNya

Kedua   :  Kamu berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan diri kamu. Itulah yang lebih baik kepada kamu, sekiranya kamu mengetahui:
    1. Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu.
    2. Dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik dalam syurga Adn'. Itulah keuntungan yang besar
    3. Dan perkara lain yang kamu sukai (ialah) pertolongan dari Allah.
    4. Juga kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira itu kepada orang-orang mukmin.

Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah seperti mana Nabi Isa ibni Maryam berkata kepada pengikut-pengikutnya: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?".
Penolong-penolongnya menjawab: "Kamilah penolong-penolong (agama) Allah", maka berimanlah segolongan dari Bani Israel sementara segolongan lagi kufur. Maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman ke atas musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang (maksud ayat 10-14 dari surah al-Soff).

Wassalamualaikum wrh. wbh.